Sunday, October 18, 2015

Kriteria Syarikat dan Produk Dalam Menentukan Kejayaan Anda Dalam MLM

Produk amat penting dalam bisnes MLM. Volum pergerakan produk menentukan berapa besar bonus anda. Produk juga menjadi salah satu kreteria yang membezakan MLM dengan Skim Piramid.Sebagai pengusaha MLM anda seharusnya menguasai pengetahuan produk anda. Bagaimana untuk menguasai ilmu produk anda?
  • Menjadi pengguna 100% kepada produk anda
  • Berkongsi pengalaman tentang kebaikan produk anda
  • Belajar dari pengalaman orang lain
Apakah kriteria syarikat dan produk yang anda harus perhatikan?
Kriteria untuk sesebuah syarikat MLM yang baik ialah ia mengeluarkan produk consumable. Produk consumable merupakan produk yang akan habis digunakan dan pengguna akan mendapatkannya semula, seperti makanan kesihatan, barang kegunaan rumah, dsb. Dengan penjualan barangan consumable, in akan menjamin repeat sale setiap masa, dan berterusan menjana volum pergerakan produk yang diperlukan.
Jika syarikat mengeluarkan barangan tahan lama (seperti pinggan mangkuk, barangan kemas, dsb), pastikan syarikat secara konsisten membuat pembaruan kepada barangan yang sedia ada, atau mengeluarkan produk baru yang lain.
Produk hendaklah dijual dengan harga yang berpatutan, dan mampu dibeli oleh semua orang. Dengan harga produk yang berpatutan akan memudahkan pelanggan untuk membeli dan dapat menarik prospek untuk menyertai bisnes anda.
Syarikat yang baik juga akan menyediakan rangkaian pusat penjualan dan pusat servis yang mencukupi. Ini untuk memastikan pelanggan mudah untuk mendapatkan bekalan produk dan servis yang diperlukan. Penjualan produk tidak terhenti setelah penjualan produk, malah ia hendaklah disusuli dengan servis selepas jualan untuk memastikan keyakinan dan kesetian pelanggan terhadap produk anda.
Kepelbagaian produk juga amat penting, kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza beza. Jika syarikat anda mengeluarkan hanya produk yang tertentu sahaja (contohnya hanya produk kesihatan atau produk kecantikan sahaja), ini akan menghadkan pasaran anda.
Syarikat anda hendaklah mengeluarkan produk yang relevan kepada pasaran anda. Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk menjual barangan yang tidak diperlukan oleh pasaran anda (contohnya: adalah sukar untuk memasarkan sistem penghawa panas di Malaysia kerana Malaysia tidak mengalami musim sejuk).
Kematangan produk juga amat penting kerana produk tersebut telah tested over time. Produk yang matang biasanya telah dibanyak melalui penambah-baikan, telah terbukti keberkesanannya dan tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Memasarkan produk yang mendapat jaminan kualiti daripada syarikat akan memudahkan juga untuk memberi keyakinan kepada prospek dan pelanggan anda. Jaminan kualiti termasuklah jaminan pemulangan wang, perlindungan ganti rugi sekiranya produk memberi mudharat, dsb.
Syarikat yang baik juga akan menyediakan strategi pemasaran produk. Amat penting kepada anda untuk memilih syarikat yang mempunyai pengkalan pejabat di negara pasaran anda. Ini akan membolehkan syarikat mengenal pasti keadaan pasaran setempat dan seterusnya menyusun strategi yang terbaik untuk memasarkan produk anda.
Sebagai kesimpulan, adalah terbaik untuk anda memilih syarikat dan produk yang menepati kriteria yang saya bincangkan di atas, kerana ia akan memudahkan dan mempercepatkan kejayaan anda. Pemilihan yang tepat akan membantu anda untuk menjadi seorang yang work smart, seperti kata orang bijak pandai “membuat kerja yang betul adalah lebih baik dari membuat kerja dengan betul betul”.
Anda dipersilakan untuk memberi komen kepada artikel ini atau anda sedang mencari syarikat yang menepati kriteria kriteria di atas, sila sms @ whatsapp saya di 018-6612554 / 016-6932310.
Artikel dipetik dari https://zulsamad.wordpress.com

Sunday, October 4, 2015

Pakej Baru Crown Diamond


Ayuh dapatkan peluang ini!